Friday 6 June 2008

Aku dan Bola Malaysia


Oi! Dengan kehangatan Euro ni, memang gila dibuatnya. Suratkhabar, internet, magazine semua tulis pasal bola. Ni nak cerita sikit, aku ada bukak website adidas.com. Dalam website die ada mengandungi satu cerita tentang satu filem pendek tentang bolasepak eropah. Yang paling aku minat cerita pasal budak2 dari negara Andorra ni. Perghhhh... budak2 ni memang giler bola. Kalau tengok pandang diorg, lagi cantek padang kita kat Malaysia ni. Kat Andorra memang sejuk giler tapi semangat diorg nak main persada antarabangsa memang tinggi. Sampai Jose Mourinho (Inter milan) pun turun kat sana kerana berminat dengan semangat kesukanan budak2 ni.

So... aku lompat sikit cerita ni, aku ke cerita lain dan bagaimana diorg training. Budak2 kecik ni training bukan macam player senior Malaysia! Diorg ada cara beb. Nak cerita pun panjang. Macamana nak jadi Midfielder, Striker, macamana nak amik freekick. Semua ada dalam tu. Gerrard ada, Podolski ada, Beckham ada, Anderson ada, Messi ada, Mourinho ada, Vierra ada, Ballack ada, Robben ada, dan ramai lagi la.

Ada member aku cerita Zapp (bukan nama sebenar), dia tengok player PERAK training lagi macam budak2 kecik. Main kejar2 la, cabut rumput padang la. Yang betul2 training si captain Perak tu. Entah sape nama die entah. Ni pulak sibuk nak taja CYC kat negara tercinta ni. Aduh! Jangan sibuk buat benda tu, kita hantar player yang muda2 training kat europe. Harap kerajaan jangan kedekut pasal sukan bolasepak ni. Aku suka tengok budak2 Soccer Kid training yang setiap ahad 7.30 malam di TV3. Diorg berbakat beb. Muda, lincah dan semangat.

Budak2 macam ni la yang kita patut hantar training keluar dari tanah melayu ni. Jangan lambat. Nanti bila diorg dah besar dan matang sangat, kalau kita tak hantar diorg main kat europe ker, diorg akan terjebak dengan Ekstacy la, Clubbing la, sex rambang la. Itu Yang kita nak ke??? Ya Allah! Tapi jangan pulak, bila dah dapat main kat oversea, teringat kat mak ayah la, rindu la, teringat rendang tok mak la lama tak kena teh tarik kat tapah la. Ini bukan zaman 1955. Negara kita banyak duit beb, tu pasal boleh hantar manusia naik roket pergi angkasalepas. Nasib zaman Mokhtar jer negara kita tak berduit sangat. Tapi nak dibandingkan negara kita dengan Ivory Coast. Aku rasa negara kita lagi maju beb. Korang kenal Didier Drogba. Sebelum main kat Liga Perancis, dia org susah beb (kira boleh masuk BERSAMAMU TV3) tapi sekarang dia dah beli rumah kat Marseile beb. Macam Christiano Ronaldo jugak... dulu rumah dia ala2 rumah setinggan gak tapi sekarang? Lu pikir la sendiri yang wahai FAM!

Aku harap korang layarilah website adidas tu. Best beb! Jangan harapkan cerita zaman Mokhtar jer. Kita cari Arwah Mokhtar yang kedua yang boleh menggegarkan bolasepak asia ni. Aku pun bukannya bagus sangat nak komen pasal bolasepak Malaysia tapi inilah realiti.

p/s: Kalau aku ada anak lelaki, aku akan cerita pasal keburukan Bolasepak Malaysia supaya biar anak aku malu dengar.


No comments: