Wednesday 11 June 2008

Aku dan Keratan Akhbar

















Oi! Ini salah satu dari keratan akhbar pro-kerajaan yang telah memberitahu tentang blog2 yang akan diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Ermmm... macamana ni? Bersuara tak boleh? Berkarya tak boleh? Tapi kalau cerita lucah ke? fitnah ke? itu memang patut kena BANNED... tapi kalau realiti mcmana? Macam tu baik rakyat Malaysia ni bisu dan kudung tangan. Jangan la sampai tahap kebebasan dijajah pula. Come on man!

Takkan nak tengok Melodi TV3 setiap ahad tu? Terjah artis tu, artis ni? Lagi menggelabah! Lagi menggunakan konsep 'Jaga tepi kain orang'. Atau nak tengok dengan khusyuknya Buletin Utama TV3? Berita dalam Buletin Utama yang aku paling percaya... Sukan jer. itu betul! Ramalan kaji cuaca pun aku tak percaya... Itu pasal bila aku menonton Buletin Utama, mesti dengan automatik mulut aku akan terbentuk 'cebek' dengan berita2 yang telah diubahsuai. Itu lagi fitnah!

So, blog ni jangan la dikacau. Ini personal. Zaman sekarang, manusia bukan bertambah bodoh tapi bertambah cerdik untuk menilai mana fitnah atau mana benar. Orang asli kita pun dah ramai masuk universiti. Mereka lagi pandai dari orang Kuala Lumpur yang berlagak tak habis2. Kalau blog dikacau, baik jadi orang zaman batu? sebarkan maklumat dengan lukisan di dinding gua. Tapi jangan lupa cap jari anda... nanti boleh kesan!

Entahla beb. Lu pikirla sendiri mana baik dan mana yang jahat? Bahkan dalam cerita kartun 'Brother Bear' pun, beruang anggap kita sebagai MONSTER! Sekarang siapa binatang?

p/s: Dalam kunfu panda pun... yang lemah bukan tak boleh jadi kuat!

Terima kasih Angah & Roti Canai Dal Sambal Banjir

No comments: