Monday 16 June 2008

Aku dan Filem Melayu



















Oi! Filem sana... filem sini! Dari cerita lawak sampai la ke seram. Dari cerita yang takde kualiti hinggalah berkualiti tinggi. Tapi itu bukan isunya. Yang isu sekrg ni, kenpa filem kita masih lagi dicampur aduk dengan tempias2 Indonesia? Dari cerita CINTA lagi, shooting kat Malaysia, pelakon Malaysia, kerenah orang Malaysia tapi kenapa harus gunakan lagu dari Indonesia. Akupun tak tau tajuk dia sebab itu memang lagu dari indonesia. Tak habis2 dijajah, tak habis2 nak memalukan Malaysia. Aduhhh!!!! jalan cerita dah bagus tapi masih lagi gunakan lagu dr seberang sebagai Soundtrack! Apa kejadahnya ni? Baik shoot kat Indon terus, pakai pelakon sana lagi bagus. Kat sini dah takde komposer yang bagus2 ker? Itula... industri kita ni ditakuk lama... gila punya lama. Lagi best cerita P.Ramlee. Alif Mim Nun Wow... alif tendang wow! lagi banyak maksud.

M.Nasir, Roslan Aziz, Ajai (ah! dia ni pun kuncu2 Indon gak!) ramai lagi komposer2 yang ternama tapi kenapa tak gunakan khidmat mereka? Mahal ker? Baru2 ni pun filem Sepi... sama jugak! Nyanyi lagu dari Indonesia! Memangla kita serumpun tapi jangan la sampai nak gunakan diorg lebih2. Diorg pun xde gunakan kita lebih2. Bosan gila beb. Dah macam sial cerita2 dalam Malaysia ni. Baik tengok Shin Chan ker? Finding Nemo ker? Aku bukan Racist tapi tegakkan hak kita. Originality kita! Mana?

p/s: Malaysia! Malaysia! Negara yang jaya!

No comments: