Tuesday 12 August 2008

Aku dan Kawan2

Oi! Semenjak dua menjak ni aku berhijrah ke tempat kerja baru ni, memang langsung xde masa nak menulis kat blog ni. Kerja terlalu byk. Berbeza dr tmpt lama aku tapi aku still happy dgn suasana baru. Aku cuma nak kupas kenangan aku dgn kawan2 masa zaman bujang dulu. Ermmm... kembali... pada petak pertama! Dari tak kenal slee, an, feek terus jadi sahabat handai yg pernah aku berkawan. Dari angah, awe dan toyol duduk meja lain sampai lepak sekali. Itulah kawan2 aku. Dari jarang syampu rambut sampai la tiap2 hari syampu rambut. Dari Kancil 850 ke Satria 1.3 hinggalah Saga 1.3. Aku masih berkawan dengan mereka. Dari diorg tak suka aku, boikot aku, kutuk aku sampailah aku kutuk diorg balik. Hahahahahaha. Diorg best beb! Sampai sekrg la... ada jugak yg terputus hubungan tapi still lagi kamcing.

Mulanya aku berkawan dgn slee, an, feek... masa tu diorg berpindah ke studio sebagai tempat teduh mereka. Aku ingat lagi aku pggil slee, feek dan an bergelar Abg! Gempak beb! Memang kitorg kaki lepak dari pukul 4 ptg sampai la 6 pagi. Tempatnya bernama Hussein (kedai mamak). Pukul 4 lepak kedai pakdin... pukul 6 lepak tapah pastu dr pukul 7 hinggalah subuh lepak Hussein lak. Zohor ke, Asar ke, Maghrib ke, Isyak dan subuh... semuanya terbabas. Pernah sekali Hussein tutup, kitorg megagau nak cari tmpt lepak. Terpaksalah lepak kat parking area depan Westar, atas jalan tu. Gilalah! Yang aku tau masa tu yg pakai kereta cuma ahciep jer. Kancil 660cc. Yg lain semua motor. Aku lagi la, cuma ada helmet steng dalam beg aku. Itu helmet sape errkkk? Najib pun xde motor, cuma mampu dgn bas hijau dr Selayang.

Pakcik? Dari jauh aku tau motor dia akan muncul. Bunyi pun dah cukup tau. Siap betting tu. Aku pernah cakap dgn slee, lu dtg jer Hussein pukul berape pun... budak2 mesti ada. Tapi kitorg tak pernah makan kat hussein, cuma minum jer. Itu pun kdg2 tak berbayar. Layan betul citer ni. Dari An digelar Gay, sampaila dah ada anak dua. Sekarang sape Gay? An ke? Masa tu zaman harga murah. Minum murah... makan murah... Tu pasal kami semua kat Melawati memang dah jadi rakyat situ. Dari anak tauke Westar kecik sampai la besar panjang. Aku panggil tauke Westar tu MANTAT! Kitorang tak kaya, tak berlagak tapi kitorg senang. Kalau susah sama2 susah, kalau senang semua mesti rasa senang.

Kitorg pergi cherating pun naik van sudin. Evil beb! Gear ada 4 jer, ko bygkan kitorg redah bukit tinggi kat highway karak tu. Setiap Aidilfitri, aku, nizam, sudin, kapi, jeep, pakcik mesti berjalan punya. Tempat favourite kitorg semestinya MUAR! Raya rumah slee, rumah an, rumah usop, rumah shukor... lepak tanjung, makan durian. Oh! sebelum tu mesti jalan2 kat Kuala Pilah, rumah ayip. Tidor kuala pilah 2 hari, tidur muar 3 hari. Masa tu minyak masih lagi RM1.35 seliter. Masa tu gua kerja kat PTS, taip2 tahun mesti ada bonus. Mana tak raya sakan. Shopping dah tentu dgn sudin, nizam, jeep, slee, feek, an. Tapi yg best, kalau jalan mana2 pun, last sekali mesti makan kat melawati. Itulah dia keistimewaan Melawati dan kawan2 aku.

Ingat lagi Taufik menang kuda hampir 800++. Taufik bagi duit raya utk shopping beb! Ermmm... Kalau nak citer pasal kawan2 aku... sudah pasti tak habis. Itulah dia... Jeep, slee, nizam, an, sudin, joe, pejai, abin, feek, usop, ayip, pakcik, pisang, kitek, ateck, shukor, yus, wan beruang, ahciep, awe, angah dan toyol... maaf kalau aku ada tak sebut nama kawan2 aku. Sape yg kenal aku, itulah kawan aku. Sampai la sekrg... aku berkahwin dgn isteri tercinta lin dan dianugerahi anak yg aku sayang Lu'lu' Dhia Damia. Aku masih berkawan dgn mereka... dan mereka lagilah yang masih berjuang dgn aku hingga aku tua. Insya'allah. We are warriors! Long live Rock n Roll.

p/s: Kawan tetap kawan, berkawan biar seribu... cinta hanya satu. Kasih hanya satu. Terima kasih ya, Allah!

Tuesday 24 June 2008

Aku dan Guss Hidink

Oi! Aku bukan nak kutuk... aku bukan nak julang orang asing dan aku bukan takde fikiran. Pernah dengar nama Guss Hiddink kan? Russia pernah dengar? B Sathianathan pernah? Zakuan pernah? Perbandingan antara Russia dengan Malaysia memang jauh berbeza, tapi pemain2 Russia dengan pemain2 Italy, pemain2 England, pemain2 Spain memang jauh berbeza dari segi personaliti diorg. Nak katakan player2 diorg main club2 yang besar takde jugak! Yang aku kenal cuma diorg main dengan Zenith Pittersburgh. Pernah dengar? Ala... Juara UEFA Cup dan pernah kalahkan Bayern Munich 4-0. Best siot diorg main. Jurulatih Russia ialah Guss Hiddink. Pernah angkat Korea ke separuh akhir Piala Dunia 2002. Korea jer beb! Dulu Malaysia pernah kalahkan Korea tapi sekarang... player korea ni pun tak kenal Malaysia. Mcmana beb? Korea dah ke separuh akhir Piala Dunia, kita ke mana?

Aku pernah tanya member2 aku, boleh ke Guss Hiddink bawa Malaysia ke Piala Dunia? Member2 aku terus senyap dan ada yang tak selera makan. Sebenarnya aku bosan nak tulis dalam blog ni pasal Bolasepak Malaysia... tetap main mcm orang tak makan. Aku rasa Mourinho pun boleh jadi bangang. Tak payah Guss Hiddink la, Ian Rush legenda Wales dan Liverpool datang malaysia nak train striker Malaysia pun tak dapat sambutan. Ada yang dok tengah training pun kena panggil dengan coach negeri. Apa benda ni beb? Kalau la zaman Mokhtar, Ghani Minhat dapat mcm ni... aku rasa diorg dah main dengan Everton, itu yang paling busuk la. Betul tak apa aku cakap?

So... sape salah? Coach ke? Player? B Sathianathan pun ada certificate dalam Jurulatih Malaysia dari Brazil lagi. Tapi Malaysia tetap mcm tu! Aku ada tengok pemain Malaysia main dalam liga kita, pemain tu terkenal jugak. Dalam game tu, aku tengok player tu betul2 lengit. Main dalam Malaysia tu, bukan kat luar Malaysia... malam pulak tu! Memang takde fitness. Sponsor utk Bolasepak Malaysia memang dah gempak. Nak apa lagi? Aku rasa elok kita hire Guss Hidink jadi Menteri Sukan Malaysia. Okal beb... gua dah melalut! Tapi yang sahnya Bolasepak Malaysia tetap di bawah tapak kaki aku. Buang logo harimau tu tukar logo Arnab. Lagi cun.

p/s: Logo harimau tu dah takde gigi... tukar la. Maksud aku tukar management... jangan bagi kerajaan pegang sukan! Lu pikirla sendiri!

Wednesday 18 June 2008

Monday 16 June 2008

Aku dan Filem Melayu



















Oi! Filem sana... filem sini! Dari cerita lawak sampai la ke seram. Dari cerita yang takde kualiti hinggalah berkualiti tinggi. Tapi itu bukan isunya. Yang isu sekrg ni, kenpa filem kita masih lagi dicampur aduk dengan tempias2 Indonesia? Dari cerita CINTA lagi, shooting kat Malaysia, pelakon Malaysia, kerenah orang Malaysia tapi kenapa harus gunakan lagu dari Indonesia. Akupun tak tau tajuk dia sebab itu memang lagu dari indonesia. Tak habis2 dijajah, tak habis2 nak memalukan Malaysia. Aduhhh!!!! jalan cerita dah bagus tapi masih lagi gunakan lagu dr seberang sebagai Soundtrack! Apa kejadahnya ni? Baik shoot kat Indon terus, pakai pelakon sana lagi bagus. Kat sini dah takde komposer yang bagus2 ker? Itula... industri kita ni ditakuk lama... gila punya lama. Lagi best cerita P.Ramlee. Alif Mim Nun Wow... alif tendang wow! lagi banyak maksud.

M.Nasir, Roslan Aziz, Ajai (ah! dia ni pun kuncu2 Indon gak!) ramai lagi komposer2 yang ternama tapi kenapa tak gunakan khidmat mereka? Mahal ker? Baru2 ni pun filem Sepi... sama jugak! Nyanyi lagu dari Indonesia! Memangla kita serumpun tapi jangan la sampai nak gunakan diorg lebih2. Diorg pun xde gunakan kita lebih2. Bosan gila beb. Dah macam sial cerita2 dalam Malaysia ni. Baik tengok Shin Chan ker? Finding Nemo ker? Aku bukan Racist tapi tegakkan hak kita. Originality kita! Mana?

p/s: Malaysia! Malaysia! Negara yang jaya!

Wednesday 11 June 2008

Aku dan Keratan Akhbar

















Oi! Ini salah satu dari keratan akhbar pro-kerajaan yang telah memberitahu tentang blog2 yang akan diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Ermmm... macamana ni? Bersuara tak boleh? Berkarya tak boleh? Tapi kalau cerita lucah ke? fitnah ke? itu memang patut kena BANNED... tapi kalau realiti mcmana? Macam tu baik rakyat Malaysia ni bisu dan kudung tangan. Jangan la sampai tahap kebebasan dijajah pula. Come on man!

Takkan nak tengok Melodi TV3 setiap ahad tu? Terjah artis tu, artis ni? Lagi menggelabah! Lagi menggunakan konsep 'Jaga tepi kain orang'. Atau nak tengok dengan khusyuknya Buletin Utama TV3? Berita dalam Buletin Utama yang aku paling percaya... Sukan jer. itu betul! Ramalan kaji cuaca pun aku tak percaya... Itu pasal bila aku menonton Buletin Utama, mesti dengan automatik mulut aku akan terbentuk 'cebek' dengan berita2 yang telah diubahsuai. Itu lagi fitnah!

So, blog ni jangan la dikacau. Ini personal. Zaman sekarang, manusia bukan bertambah bodoh tapi bertambah cerdik untuk menilai mana fitnah atau mana benar. Orang asli kita pun dah ramai masuk universiti. Mereka lagi pandai dari orang Kuala Lumpur yang berlagak tak habis2. Kalau blog dikacau, baik jadi orang zaman batu? sebarkan maklumat dengan lukisan di dinding gua. Tapi jangan lupa cap jari anda... nanti boleh kesan!

Entahla beb. Lu pikirla sendiri mana baik dan mana yang jahat? Bahkan dalam cerita kartun 'Brother Bear' pun, beruang anggap kita sebagai MONSTER! Sekarang siapa binatang?

p/s: Dalam kunfu panda pun... yang lemah bukan tak boleh jadi kuat!

Terima kasih Angah & Roti Canai Dal Sambal Banjir

Tuesday 10 June 2008

Aku dan Pengurus Baru

Oi! Naik bulu roma kau bila dapat tau Pengurus Bolasepak Selangor yang baru iaitu Zakaria Ab. Rahim pernah bermain di 'Liga Ahad' (maybe liga kelab2 kecil kot!) di Manchester dan pernah menjadi coach kelab amatur BWT dan Bank Barclays selama 6 tahun di England. Fuhh! Cantek gak CV dia. Bangga la sikit tapi kenapa tak nak menetap disana? Disanakan lebih 'Open'? Sini payah la beb. Kalau Mourinho datang sini pun boleh jadi bangang. Silap2 Mourinho leh jadi Ahli Parlimen.

Dengan kenyataan dan impian Manager baru tu agak 'besar'. Mana taknya nak bawak Selangor ke Liga Juara-Juara Asia tu. Syabas!! Aku support dari belakang... tapi jangan tembak tak kena lak! Bolasepak kat Malaysia ni lain sikit... ada 'PENDENGKI'. Watch out sikit! Dan yang paling best nak bawak pemain2 Selangor main kat Eropah tu. Bestnyaaa. Insya'allah. Kalau Encik manager ada berfikir macam tu... tapi usaha kena 600% baru leh kot. Walau apapun... caya Encik Zakaria.

Merah Kuning... Merah Kuning....

p/s: Bayangkan Final Liga Juara-juara Asia perlawanan antara Selangor vs Urawa Red? Mau Shukor Adan dapat main dengan Celtic!

Aku dan Soccer Kid













Yang gambar terang tu elok keje bank jer!

Oi! Road to Euro: Soccer Kid. Best beb! Lincah, semangat dan bertenaga. Itulah yang aku ingin sampaikan kepada peminat bolasepak Malaysia. Kita tinggalkan player2 senior Malaysia yang lembik itu. Kalau boleh kita abaikan mereka dari persada bolasepak Malaysia. Bukan apa beb, ahad lepas aku tengok Soccer Kid vs Vassel Kobe dari Jepun, budak2 kecik ni main macam nak rebut Piala Asia. Dengan gaya 360, drible ala2 Ronaldinho, focusing diorg memang harus dipertengahkan. Tolonglah jangan diabaikan. Tolong abaikan Hardi Jaafar dan Hairuddin Omar. Diorg berdua ni memang patut dilupakan sepanjang zaman.

Masa tengah lepak dengan Toyol dan Angah. Kami memuji habis-habisan kt budak Soccer Kid ni dan kami termenung sekejap dengan Bolasepak Malaysia. Sampaikan si Toyol terus telan panadol. Pening tak beb? Gua memang pening. Member aku cakap, tak silapnya ada 5 player terbaik masa perlawanan menentang Vassel Kobe dan dapat habuan menyaksikan perlawanan akhir EURO 08. Aku terpikir sejenak, apakah rugi utk 5 orang player yang terbaik dihantar training luar dari tanah lembah klang ni? Tak kisah la, rasanya tak payahla asyik nak hantar kat Old Trafford jer... sikit2 Old Trafford. Bukannya boleh hebat bila training kat situ... Kita cuba hantar budak2 ni training kat Asia dulu... paling best pun maybe Jepun ker? Atau kita kerapkan friendly match budak2 soccer kid dengan kelab2 asia? Try beb... tolong la!

Mana tau midfielder Shahrul Hakim, striker Aidil Iskandar and defender Irfan Zakaria wakili West Brom ker? Stoke Ke? Derby ker? Cukup la. Ada gak darah melayu yang mewarnai bolasepak Eropahkan. Kerajaan kita banyak duit beb! Melimpah-limpah! Cuba peruntukkan utk lima orang player soccer kid dalam seorng dalam RM200k. 5 player baru RM1juta beb. Kita hantar diorg training kat sana atau masukkan Akademi Bolasepak diluar negara. Aku berani kerat jari, antara 5 org ni, mesti sangkut 2-3 orang. Macam Lionel Messi, dia ni Argentina tapi masuk akademi Barcelona. Kemungkinan
midfielder Shahrul Hakim, striker Aidil Iskandar and defender Irfan Zakaria akan beraksi di La Liga ker? mana tau beb... tuah ayam di kaki, tuah manusia?

Aku rasa pihak2 tertentu harus bertindak cepat. Jangan biarkan budak2 cili padi tu bertindak sendiri.

p/s: Mcmana kalau aku dapat anak lelaki? Maybe aku try cari kerja kat Lyon ker? Stuttgart ke?

Monday 9 June 2008

Aku dan Peminat Bolasepak Negara













Cerita ini ada berkaitan dengan mutu permainan Bolasepak Malaysia semasa menganjurkan PIALA ASIA yang memalukan!


Salam perkenalan dari saya, Peminat Bola.

Tujuan utama email ini dikirim adalah untuk memberi komen dan pandangan tentang bola sepak negara, terutamanya kepada skuad kebangsaan negara(paling utama).
Apa sudah jadi kepada bola sepak kita? Kemana perginya gelaran Harimau Malaya yang begitu gah seketika dulu untuk skuad kebangsaan? Kenapa di tahun 2000 ini, begitu teruk sekali pencapaian kita? Mana taring yang begitu digeruni oleh pihak lawan di era ‘70, ‘80 dan semi pro? Kenapa ranking kita sentiasa turun dari tahun ke tahun sedangkan negara negara Asia lain semakin meningkat? Kenapa kita sekarang langsung tidak dapat menyaingi skuad bola sepak negara negara jiran, sedangkan dahulu hingga ke seluruh dunia nama Malaysia dikenali.

Apa sudah jadi!?
Apa yang sedang terjadi!?
Apa yang sebenarnya yang terjadi!?

Malas? Tiada semangat? Rasuah? Politik? Orang dalam? Harapkan imbuhan? Tiada motivasi? Fizikal? Fesyen? Duit? Glamor? FAM tidak buat kerja? Jurulatih tidak berkaliber? Jurulatih tempatan? Jurulatih asing? Masa? Tiada pemain pelapis? Pemain tua? Pemain terlalu muda? Pengalaman? Pemakanan? Gentar? Gemuruh? Pengulas sukan? Media elektronik? Media cetak? Gaji rendah? Gaji tinggi? Hiburan melampau? Dadah? Tiada pendedahan? Manja? Sensitif? Sokongan? atau pun langsung tidak boleh bermain bola dan tidak tahu apa itu bola sepak???

Itulah sebenarnya persoalan yang selalu diperkatakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia ini.
Tidak kira tua muda, meminati bola sepak atau pun tidak, semuannya pengeluarkan persoalan yang sama. Masing masing mengeluarkan hujah, fakta, idea, pandangan, pendapat.Tetapi selepas 7 tahun di era 2000 ini langsung tiada jawapan bagi soalan soalan tersebut.Langsung tiada perubahan bagi hujah, idea, pandangan dan pendapat yang disuarakan, malah semakin teruk dan semakin merudum.

Ini adalah suara suara yang selalu bersuara tentang Skuad Bola Sepak Kebangsaan yang sebenarnya (kami) amat mengambil berat walaupun kutukan, cacian, tomahan sering menjadi bahan untuk melepaskan geram.

MALAS: pemain malas bila berada di atas padang. Malas mengejar bola, malas bergerak, malas untuk berbuat apa apa. Pemain kita terlalu malas dan perlahan jika dibandingkan dengan pemain pihak lawan. Tunggu bola, lambat naik ke atas untuk menyerang, perlahan apabila berada pada corak serangan. Terlalu mengharapkan tendangan percuma dan tendangan sudut dan kebiasaannya, dipersia sia kan.

TIADA SEMANGAT: tiada semangat kesukannan adalah perkara yang terlalu biasa kita dengar di media. Tiada semangat untuk menyerang balas jika dibolosi oleh pihak lawan. Bermain hanya untuk menghabiskan masa 90 minit. Tiada semangat untuk menaikkan nama negara, tiada semangat untuk memperbaiki permainan, tiada semangat untuk menaikkan semarak penonton. Sekadar mewakili negara itu sudah memadai bagi pemain kita sekarang. Hanya bersemangat apabila berada di majalah majalah hiburan.

RASUAH: perkara yang begitu sinonim pada era ‘90 Semi Pro. Lihat sahaja berapa ramai pemain pemain negara yang disingkirkan. Tetapi, itu adalah kisah silam. Adakah pemain pemain kita sekarang ini dirasuah untuk bermain begitu? Adakah mereka menjual permainan? Begitu licik sekali jenayah ini sehingga tiada satu tangkapan pun dibuat dalam masa 7 tahun ini. Tetapi itu adalah andaian kerana kalau rasuah boleh terjadi di zaman ’90, mengapa tidak di zaman 2000 ini. Jika benar, bermakna pemain pemain kita selama ini hidup mewah dengan rasuah.

POLITIK: campur tangan politik oleh pihak pihak yang berkenaan didalam FAM menyebabkan badan bola sepak itu kucar kacir. Terlalu banyak perkara yang tidak bersangkut paut dengan bola sepak dibincangkan didalam FAM, akhirnya bola sepak Malaysia merudum teruk. Hanya menggunakan kepentingan FAM untuk mengaut keuntungan diri sendiri. Bola sepak adalah sukan dan FAM adalah badan yang bertanggung jawab terhadap sukan bola sepak Malaysia. Kenapa perlu dicampurkan dengan politik. Politik tiada langsung kaitan dengan bola sepak. Lihat sahaja bola sepak di luar negara, adakah mereka juga mencampurkan urusan politik? Tidak. Tidak sama sekali. Kenapa kita tidak boleh ikut cara mereka? Kita boleh sebenarnya tetapi terlalu banyak individu individu dari sektor kerajaan ingin memegang jawatan didalam FAM dan akhirnya hanya merosakkan FAM. Politik hanya untuk kepentingan peribadi.

ORANG DALAM: apa yang dimaksudkan disini adalah pemilihan pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan. Menggunakan orang dalam untuk menyerapkan pemain yang dikira bagus dan berbakat sedangkan mereka hanya popular pada wajah dan nama sahaja. Menggunakan kuasa yang ada untuk menyenaraikan pemain pemain sedangkan pemain yang benar benar berbakat masih banyak di Malaysia ini. Kenapa mereka tidak terpilih untuk bermain di dalam skuad kebangsaan sedangkan kita tahu didalam Liga Super pemain tersebut memang penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik, pertahanan terbaik. Ini yang dimaksudkan menggunakan orang dalam bagi menyenaraikan pemain pemain yang hanya dikenali pada nama.

HARAPKAN IMBUHAN: pemain pemain bola sepak sekarang hanya mengharapkan imbuhan daripada bermain bersungguh sungguh. Jika dijanjikan tanah, rumah, wang, kita dapat lihat bagaimana mereka bermain. Sudah tentu dengan bersungguh dan bersemangat. Mungkin situasi ini berlaku kerana kita sering memberikan imbuhan atas kejayaan mereka sehingga mereka rasakan imbuhan adalah perkara wajib. Jika tiada janji dibuat untuk memberikan mereka imbuhan mereka hanya bermain untuk menghabiskan masa 90 minit. Perkara ini sudah lama berlaku bukan hanya pada bola sepak malah sukan sukan lain. Sekirannya mereka menang sesuatu pertandingan, kita lambakkan mereka dengan pelbagai bagai imbuhan. Akhirnya, mereka akan alpa dan manja. Tidak salah memberi imbuhan tetapi biarlah berpada pada.

TIADA MOTIVASI: pemain kita memang tiada motivasi diri. Terpaksa diberikan motivasi oleh pihak lain untuk menaikkan semangat mereka. Tidak mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan sendiri untuk bermain dengan cemerlang. Tiada motivasi untuk berjaya, mengharumkan nama negara. Hinggakan telah diberi ceramah oleh pakar motivasi tempatan pun masih belum dapat mengubah apa apa. Mengapa ini berlaku? Kerana mereka sendiri tiada motivasi untuk mengubah diri sendiri. Fikir fikirkanlah.

FIZIKAL: isu fizikal sudah terlalu lama melanda sukan bola sepak negara. Apabila kalah sesuatu pertandingan antarabangsa, fizikal adalah alasan yang paling sering digunakan. Kenapa perlu ada masalah dengan fizikal? Jika ada masalah dengan fizikal jangan bermain bola sepak. Adakah Laos, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura, China, Jepun, Korea semuanya berbadan besar? Adakah mereka tinggi seperti kebanyakkan pemain Eropah? Kenapa di zaman 70an – 80an skuad kebangsaan kita tiada masalah tentang fizikal? Malah pihak lawan gerun dengan kita. Alasan fizikal adalah alasan yang paling tidak munasabah. Jika anda sebagai pemain bola sepak bermakna anda bersedia untuk bersaing dengan sesiapa pun. Tidak kira besar kecil tinggi rendah. Kita ambil contoh, Roberto Carlos, Robinho, Park Ji Sung, Sung Ji Hai, Nakamura, Micheal Owen, Mohtar Dahari, Soh Chin Aun. Adakah mereka semua berbadan besar, tinggi melangit? Tidak. Tetapi mengapa mereka boleh bermain dan tiada masalah dengan pemainan mereka. Fizikal bukan satu alasan.

FESYEN: menjadi pemain bola sepak negara hanyalah satu fesyen di malaysia. Semuannya tentang fesyen. Baik pada rambut, pemakaian, but, semuannya hendak dijaga rapi. Bergaya di majalah, dipadang, dihadapan kamera. Apabila bermain hanya mahu tunjuk kejantanan sedangkan kita semua tahu kejantanan mereka langsung tidak terserlah.

DUIT: sudah tentu menjadi isu pertama. Duit adalah segala galanya. Baik pemain orang atasan semuannya memerlukan duit. Kerana duit jugalah bola sepak kita menjadi huru hara. Semuannya untuk kepentingan peribadi. Pemain hanya memerlukan duit untuk diri sendiri dan orang atasan memerlukan duit untuk kroni kroni yang penuh di belakang mereka. Dan akhirnya bola sepak tidak diperdulikan. Hanya menggunakan nama FAM dan bola sepak untuk menunjukkan mereka ini memang ada kaitan dengan perkembangan bola sepak negara sedangkan duit adalah perkara utama bagi mereka.

GLAMOR: pemain pemain kita sekarang hanya bergantung kepada glamour dari kualiti permainan. Hanya perlu berada di majalah hiburan sudah cukup pada mereka. Menggunakan status sebagai pemain bola sepak untuk memancing majalah majalah hiburan. Lebih mementingkan rupa dari kualiti. Pemain bola sepak luar negara juga hidup dalam glamour tetapi mengapa mereka dapat mengimbangi dunia glamour dan dunia bola sepak. Glamour adalah lebih penting dari sukan bola sepak itu sendiri bagi skuad bola sepak kita.

FAM TIDAK BUAT KERJA:
Tiada persoalan dan jawapan yang khusus bagi permasalahan ini.


Sebenarnya masih banyak lagi persoalan yang tidak dapat dijawab tentang skuad bola sepak negara. Ambillah iktibar dan contohi skuad bola sepak Iraq. Walaupun negara mereka bergolak, sanak saudara mereka dibunuh setiap hari namun mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala Asia 2007.

Semangat yang mereka tunjukkan telah membuatkan seluruh dunia terpaku dan terkedu.
Negara yang sedang diserang, dijajah, dibunuh rakyatnya setiap hari berjaya membawa pulang Piala Asia sedangkan kita yang mempunyai segalanya, semakin merudum dari hari ke hari.

Siapakah yang sebenarnya diserang, dijajah dan dibunuh?

Mereka atau kita?

Friday 6 June 2008

Aku dan T.Shirt


















Tee Shirt Esklusif.

RM35.00
Size: XS, S, M, L & XL

Sila contact:

Kroll: 012-297 0871
Jeep: 016-340 2456
Slee: 019-330 6665
Zapp: 019-642 0359

YM aku: kroll_think

Aku dan Bola Malaysia


Oi! Dengan kehangatan Euro ni, memang gila dibuatnya. Suratkhabar, internet, magazine semua tulis pasal bola. Ni nak cerita sikit, aku ada bukak website adidas.com. Dalam website die ada mengandungi satu cerita tentang satu filem pendek tentang bolasepak eropah. Yang paling aku minat cerita pasal budak2 dari negara Andorra ni. Perghhhh... budak2 ni memang giler bola. Kalau tengok pandang diorg, lagi cantek padang kita kat Malaysia ni. Kat Andorra memang sejuk giler tapi semangat diorg nak main persada antarabangsa memang tinggi. Sampai Jose Mourinho (Inter milan) pun turun kat sana kerana berminat dengan semangat kesukanan budak2 ni.

So... aku lompat sikit cerita ni, aku ke cerita lain dan bagaimana diorg training. Budak2 kecik ni training bukan macam player senior Malaysia! Diorg ada cara beb. Nak cerita pun panjang. Macamana nak jadi Midfielder, Striker, macamana nak amik freekick. Semua ada dalam tu. Gerrard ada, Podolski ada, Beckham ada, Anderson ada, Messi ada, Mourinho ada, Vierra ada, Ballack ada, Robben ada, dan ramai lagi la.

Ada member aku cerita Zapp (bukan nama sebenar), dia tengok player PERAK training lagi macam budak2 kecik. Main kejar2 la, cabut rumput padang la. Yang betul2 training si captain Perak tu. Entah sape nama die entah. Ni pulak sibuk nak taja CYC kat negara tercinta ni. Aduh! Jangan sibuk buat benda tu, kita hantar player yang muda2 training kat europe. Harap kerajaan jangan kedekut pasal sukan bolasepak ni. Aku suka tengok budak2 Soccer Kid training yang setiap ahad 7.30 malam di TV3. Diorg berbakat beb. Muda, lincah dan semangat.

Budak2 macam ni la yang kita patut hantar training keluar dari tanah melayu ni. Jangan lambat. Nanti bila diorg dah besar dan matang sangat, kalau kita tak hantar diorg main kat europe ker, diorg akan terjebak dengan Ekstacy la, Clubbing la, sex rambang la. Itu Yang kita nak ke??? Ya Allah! Tapi jangan pulak, bila dah dapat main kat oversea, teringat kat mak ayah la, rindu la, teringat rendang tok mak la lama tak kena teh tarik kat tapah la. Ini bukan zaman 1955. Negara kita banyak duit beb, tu pasal boleh hantar manusia naik roket pergi angkasalepas. Nasib zaman Mokhtar jer negara kita tak berduit sangat. Tapi nak dibandingkan negara kita dengan Ivory Coast. Aku rasa negara kita lagi maju beb. Korang kenal Didier Drogba. Sebelum main kat Liga Perancis, dia org susah beb (kira boleh masuk BERSAMAMU TV3) tapi sekarang dia dah beli rumah kat Marseile beb. Macam Christiano Ronaldo jugak... dulu rumah dia ala2 rumah setinggan gak tapi sekarang? Lu pikir la sendiri yang wahai FAM!

Aku harap korang layarilah website adidas tu. Best beb! Jangan harapkan cerita zaman Mokhtar jer. Kita cari Arwah Mokhtar yang kedua yang boleh menggegarkan bolasepak asia ni. Aku pun bukannya bagus sangat nak komen pasal bolasepak Malaysia tapi inilah realiti.

p/s: Kalau aku ada anak lelaki, aku akan cerita pasal keburukan Bolasepak Malaysia supaya biar anak aku malu dengar.


Thursday 5 June 2008

Aku dan Bola



oi! aku buat ni sebenarnya untuk bola jer, tapi lagi 3 hari EURO nak start. Kerajaan Pak Lah (bukan Kerajan Malaysia tau!) dah buat pasal dgn rakyat. Semua tau pasal ni. MINYAK! Ketidak perikemanusiaan telah menjadikan harga minyak naik sampai 78sen... so jadilah RM2.70/liter. Masa aku tengok berita semalam, Pak Lah dengan senyum mengumumkan harga minyak naik! Bila tengok muka Pak Lah jer terus aku 'MIGRAIN'. So, benda dah jadi. Aku cuba sedaya upaya aku nk hilangkan memikir pasal MINYAK ni, aku 'tune' kepala aku pikir pasal bola lak!

Yeahhh! Football... Bola ni memang dari aku kecik lagi jadi permainan aku dulu. Dari sekolah rendah, menengah seterusnya ke Kolej! Masa lepak dengan member2 pun, mesti cerita pasal bola... benci kelab tu la, f**k player tu la, player transfer la sampai kadang2 dgn isteripun aku cerita pasal bola. Syukur jugak dapat member2 yang suka cerita pasal bola. Adalah jugak yang member kaki bangku... tapi diorg still lagi support bola! Itu yang best!!! Bola ni kira, kalau nk bersatu tu... inilah sukannya. Yang paling best kalau aku kuar jalan2, bila ternampak orang pakai jersey club lain (aku sememangnya Liverpool) mula la berangin jer!

Lu'lu' pun tau papa dia suka bola. Dia boleh cam logo2 bola macam Adidas, Liverpool ni. Bila dia ternampak jer, nanti dia menjerit PAPA! PAPA!. Isteri aku pun spotting bila aku lepak sampai pagi pasal tengok bola. Bila balik dari tengok bola jer pagi2 subuh, isteri aku mesti tanya... Liverpool menang ke bang? Tapi tahun ni aku kecewa sikit disebabkan Liverpool tewas! Ah! next season gua mau tunjuk pada penyokong2 ARSENAL, MANU & Chelsea. We are still the best of EUROPE! Kat opis pun, gua mesti bergaduh dengan Joe Arsenal pasal bola. Tapi biasa la tu, kutuk mengutuk tapi tak amik hati.

Kalau tengok bola ramai2 pun, kadang2 sampai dah jadi hati kering. Dah tak kira perasaan orang lain. Ermmm... kalau nak citer pasal bola, memang tak habis, tapi gua nk jugak citer pasal bola gak. Apa lagi erkkk?