Monday 9 June 2008

Aku dan Peminat Bolasepak Negara













Cerita ini ada berkaitan dengan mutu permainan Bolasepak Malaysia semasa menganjurkan PIALA ASIA yang memalukan!


Salam perkenalan dari saya, Peminat Bola.

Tujuan utama email ini dikirim adalah untuk memberi komen dan pandangan tentang bola sepak negara, terutamanya kepada skuad kebangsaan negara(paling utama).
Apa sudah jadi kepada bola sepak kita? Kemana perginya gelaran Harimau Malaya yang begitu gah seketika dulu untuk skuad kebangsaan? Kenapa di tahun 2000 ini, begitu teruk sekali pencapaian kita? Mana taring yang begitu digeruni oleh pihak lawan di era ‘70, ‘80 dan semi pro? Kenapa ranking kita sentiasa turun dari tahun ke tahun sedangkan negara negara Asia lain semakin meningkat? Kenapa kita sekarang langsung tidak dapat menyaingi skuad bola sepak negara negara jiran, sedangkan dahulu hingga ke seluruh dunia nama Malaysia dikenali.

Apa sudah jadi!?
Apa yang sedang terjadi!?
Apa yang sebenarnya yang terjadi!?

Malas? Tiada semangat? Rasuah? Politik? Orang dalam? Harapkan imbuhan? Tiada motivasi? Fizikal? Fesyen? Duit? Glamor? FAM tidak buat kerja? Jurulatih tidak berkaliber? Jurulatih tempatan? Jurulatih asing? Masa? Tiada pemain pelapis? Pemain tua? Pemain terlalu muda? Pengalaman? Pemakanan? Gentar? Gemuruh? Pengulas sukan? Media elektronik? Media cetak? Gaji rendah? Gaji tinggi? Hiburan melampau? Dadah? Tiada pendedahan? Manja? Sensitif? Sokongan? atau pun langsung tidak boleh bermain bola dan tidak tahu apa itu bola sepak???

Itulah sebenarnya persoalan yang selalu diperkatakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia ini.
Tidak kira tua muda, meminati bola sepak atau pun tidak, semuannya pengeluarkan persoalan yang sama. Masing masing mengeluarkan hujah, fakta, idea, pandangan, pendapat.Tetapi selepas 7 tahun di era 2000 ini langsung tiada jawapan bagi soalan soalan tersebut.Langsung tiada perubahan bagi hujah, idea, pandangan dan pendapat yang disuarakan, malah semakin teruk dan semakin merudum.

Ini adalah suara suara yang selalu bersuara tentang Skuad Bola Sepak Kebangsaan yang sebenarnya (kami) amat mengambil berat walaupun kutukan, cacian, tomahan sering menjadi bahan untuk melepaskan geram.

MALAS: pemain malas bila berada di atas padang. Malas mengejar bola, malas bergerak, malas untuk berbuat apa apa. Pemain kita terlalu malas dan perlahan jika dibandingkan dengan pemain pihak lawan. Tunggu bola, lambat naik ke atas untuk menyerang, perlahan apabila berada pada corak serangan. Terlalu mengharapkan tendangan percuma dan tendangan sudut dan kebiasaannya, dipersia sia kan.

TIADA SEMANGAT: tiada semangat kesukannan adalah perkara yang terlalu biasa kita dengar di media. Tiada semangat untuk menyerang balas jika dibolosi oleh pihak lawan. Bermain hanya untuk menghabiskan masa 90 minit. Tiada semangat untuk menaikkan nama negara, tiada semangat untuk memperbaiki permainan, tiada semangat untuk menaikkan semarak penonton. Sekadar mewakili negara itu sudah memadai bagi pemain kita sekarang. Hanya bersemangat apabila berada di majalah majalah hiburan.

RASUAH: perkara yang begitu sinonim pada era ‘90 Semi Pro. Lihat sahaja berapa ramai pemain pemain negara yang disingkirkan. Tetapi, itu adalah kisah silam. Adakah pemain pemain kita sekarang ini dirasuah untuk bermain begitu? Adakah mereka menjual permainan? Begitu licik sekali jenayah ini sehingga tiada satu tangkapan pun dibuat dalam masa 7 tahun ini. Tetapi itu adalah andaian kerana kalau rasuah boleh terjadi di zaman ’90, mengapa tidak di zaman 2000 ini. Jika benar, bermakna pemain pemain kita selama ini hidup mewah dengan rasuah.

POLITIK: campur tangan politik oleh pihak pihak yang berkenaan didalam FAM menyebabkan badan bola sepak itu kucar kacir. Terlalu banyak perkara yang tidak bersangkut paut dengan bola sepak dibincangkan didalam FAM, akhirnya bola sepak Malaysia merudum teruk. Hanya menggunakan kepentingan FAM untuk mengaut keuntungan diri sendiri. Bola sepak adalah sukan dan FAM adalah badan yang bertanggung jawab terhadap sukan bola sepak Malaysia. Kenapa perlu dicampurkan dengan politik. Politik tiada langsung kaitan dengan bola sepak. Lihat sahaja bola sepak di luar negara, adakah mereka juga mencampurkan urusan politik? Tidak. Tidak sama sekali. Kenapa kita tidak boleh ikut cara mereka? Kita boleh sebenarnya tetapi terlalu banyak individu individu dari sektor kerajaan ingin memegang jawatan didalam FAM dan akhirnya hanya merosakkan FAM. Politik hanya untuk kepentingan peribadi.

ORANG DALAM: apa yang dimaksudkan disini adalah pemilihan pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan. Menggunakan orang dalam untuk menyerapkan pemain yang dikira bagus dan berbakat sedangkan mereka hanya popular pada wajah dan nama sahaja. Menggunakan kuasa yang ada untuk menyenaraikan pemain pemain sedangkan pemain yang benar benar berbakat masih banyak di Malaysia ini. Kenapa mereka tidak terpilih untuk bermain di dalam skuad kebangsaan sedangkan kita tahu didalam Liga Super pemain tersebut memang penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik, pertahanan terbaik. Ini yang dimaksudkan menggunakan orang dalam bagi menyenaraikan pemain pemain yang hanya dikenali pada nama.

HARAPKAN IMBUHAN: pemain pemain bola sepak sekarang hanya mengharapkan imbuhan daripada bermain bersungguh sungguh. Jika dijanjikan tanah, rumah, wang, kita dapat lihat bagaimana mereka bermain. Sudah tentu dengan bersungguh dan bersemangat. Mungkin situasi ini berlaku kerana kita sering memberikan imbuhan atas kejayaan mereka sehingga mereka rasakan imbuhan adalah perkara wajib. Jika tiada janji dibuat untuk memberikan mereka imbuhan mereka hanya bermain untuk menghabiskan masa 90 minit. Perkara ini sudah lama berlaku bukan hanya pada bola sepak malah sukan sukan lain. Sekirannya mereka menang sesuatu pertandingan, kita lambakkan mereka dengan pelbagai bagai imbuhan. Akhirnya, mereka akan alpa dan manja. Tidak salah memberi imbuhan tetapi biarlah berpada pada.

TIADA MOTIVASI: pemain kita memang tiada motivasi diri. Terpaksa diberikan motivasi oleh pihak lain untuk menaikkan semangat mereka. Tidak mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan sendiri untuk bermain dengan cemerlang. Tiada motivasi untuk berjaya, mengharumkan nama negara. Hinggakan telah diberi ceramah oleh pakar motivasi tempatan pun masih belum dapat mengubah apa apa. Mengapa ini berlaku? Kerana mereka sendiri tiada motivasi untuk mengubah diri sendiri. Fikir fikirkanlah.

FIZIKAL: isu fizikal sudah terlalu lama melanda sukan bola sepak negara. Apabila kalah sesuatu pertandingan antarabangsa, fizikal adalah alasan yang paling sering digunakan. Kenapa perlu ada masalah dengan fizikal? Jika ada masalah dengan fizikal jangan bermain bola sepak. Adakah Laos, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura, China, Jepun, Korea semuanya berbadan besar? Adakah mereka tinggi seperti kebanyakkan pemain Eropah? Kenapa di zaman 70an – 80an skuad kebangsaan kita tiada masalah tentang fizikal? Malah pihak lawan gerun dengan kita. Alasan fizikal adalah alasan yang paling tidak munasabah. Jika anda sebagai pemain bola sepak bermakna anda bersedia untuk bersaing dengan sesiapa pun. Tidak kira besar kecil tinggi rendah. Kita ambil contoh, Roberto Carlos, Robinho, Park Ji Sung, Sung Ji Hai, Nakamura, Micheal Owen, Mohtar Dahari, Soh Chin Aun. Adakah mereka semua berbadan besar, tinggi melangit? Tidak. Tetapi mengapa mereka boleh bermain dan tiada masalah dengan pemainan mereka. Fizikal bukan satu alasan.

FESYEN: menjadi pemain bola sepak negara hanyalah satu fesyen di malaysia. Semuannya tentang fesyen. Baik pada rambut, pemakaian, but, semuannya hendak dijaga rapi. Bergaya di majalah, dipadang, dihadapan kamera. Apabila bermain hanya mahu tunjuk kejantanan sedangkan kita semua tahu kejantanan mereka langsung tidak terserlah.

DUIT: sudah tentu menjadi isu pertama. Duit adalah segala galanya. Baik pemain orang atasan semuannya memerlukan duit. Kerana duit jugalah bola sepak kita menjadi huru hara. Semuannya untuk kepentingan peribadi. Pemain hanya memerlukan duit untuk diri sendiri dan orang atasan memerlukan duit untuk kroni kroni yang penuh di belakang mereka. Dan akhirnya bola sepak tidak diperdulikan. Hanya menggunakan nama FAM dan bola sepak untuk menunjukkan mereka ini memang ada kaitan dengan perkembangan bola sepak negara sedangkan duit adalah perkara utama bagi mereka.

GLAMOR: pemain pemain kita sekarang hanya bergantung kepada glamour dari kualiti permainan. Hanya perlu berada di majalah hiburan sudah cukup pada mereka. Menggunakan status sebagai pemain bola sepak untuk memancing majalah majalah hiburan. Lebih mementingkan rupa dari kualiti. Pemain bola sepak luar negara juga hidup dalam glamour tetapi mengapa mereka dapat mengimbangi dunia glamour dan dunia bola sepak. Glamour adalah lebih penting dari sukan bola sepak itu sendiri bagi skuad bola sepak kita.

FAM TIDAK BUAT KERJA:
Tiada persoalan dan jawapan yang khusus bagi permasalahan ini.


Sebenarnya masih banyak lagi persoalan yang tidak dapat dijawab tentang skuad bola sepak negara. Ambillah iktibar dan contohi skuad bola sepak Iraq. Walaupun negara mereka bergolak, sanak saudara mereka dibunuh setiap hari namun mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala Asia 2007.

Semangat yang mereka tunjukkan telah membuatkan seluruh dunia terpaku dan terkedu.
Negara yang sedang diserang, dijajah, dibunuh rakyatnya setiap hari berjaya membawa pulang Piala Asia sedangkan kita yang mempunyai segalanya, semakin merudum dari hari ke hari.

Siapakah yang sebenarnya diserang, dijajah dan dibunuh?

Mereka atau kita?

No comments: